| Tarikh | 15 Disember 2024 |
| Masa | 8.15 pagi – 9.15 pagi |
| Tempat | SJKC Li Chi |
| Peserta | Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan NADI kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan kakitangan sekolah. Selain itu, tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan kerjasama dengan pihak sekolah dengan NADI.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah petugas NADI mengambil peluang untuk mempromosikan keahlian NADI dan mempromosikan 5 perkhidmatan pintar di NADI kepada para guru dan pelajar yang hadir ke program ini. Selain itu, mereka juga diberikan taklimat SAFE & Shield agar dapat menggalakkan pengguna yang bijak dan selamat menggunakan internet.