|
Nama : Muhammad Harith Danial Ahli : 2019 Umur : 11 tahun |
Latar belakang
Muhammad Harith Danial atau lebih mesra dikenali sebagai Harith merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau tinggal bersama-sama ibu dan adik-beradiknya serta datuknya di Kampung Tenang. Beliau kini masih merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga kurang pengetahuan dalam teknologi terkini seperti Microsoft Word, aplikasi Zoom dan perkakasan komputer serta penggunaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT misalnya kelas Microsoft Word, dan E-tuisyen di NADI Kg. Tenang. Beliau juga mahir menggunakan teknologi terkini seperti telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan penghantaran maklumat serta menggunakan telefon bimbit untuk megikuti kelas E-tuisyen NADI. Selain itu, beliau juga sering menunjukkan minat apabila menyertai e-tuisyen di NADI. Hingga kini, beliau sudah pandai menggunakan komputer dan peralatannya setelah sering berkunjung di NADI Kg. Tenang.

