| Tarikh | 16 Oktober 2025 |
| Masa | 8:00 pagi – 5:00 petang |
| Tempat | Pusat Latihan dan Reakreasi FELCRA Tebing Tinggi, Segamat |
| Peserta | Pengunjung Program |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang peranan NADI sebagai pusat maklumat setempat. Selain itu, memperluas capaian perkhidmatan digital kerajaan melalui promosi dan pendaftaran platform digital seperti MyDigitalID dan menggalakkan penyertaan komuniti dalam pelbagai program dan keahlian NADI secara aktif.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan BMI secara percuma. Selain itu, peserta diberikan penerangan tentang kepentingan dan kegunaan MyDigitalID dan membuat pendaftaran Kempen Daftar & Menang 2.0. Di samping itu, pendaftaran keahlian NADI secara percuma turut dilakukan kepada pengunjung program yang hadir.