|
Tarikh : 16-17 Mei 2022 Masa : 9:00 pagi – 9:00 malam Tempat : Trove Hotel, Johor Bahru Peserta : Pengurus & Penolong Pengurus PEDi Negeri Johor |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyampaikan taklimat tentang KPI PEDi yang baru kepada semua petugas PEDi Negeri Johor. Selain itu, ia bertujuan untuk perkongsian kisah kejayaan PEDi Negeri Johor, taklimat tentang format laporan PEDi, E-Dagang dan hala tuju PEDi 2022 disamping merapatkan hubungan antara kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri Johor dengan petugas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi taklimat, suai kenal antara seluruh petugas PEDi negeri Johor, sesi soal jawab dan usul/cadangan penambahbaikan.