| Tarikh | 14 Januari 2026 |
| Masa | 10:30 pagi – 12:30 tengah hari |
| Tempat | NADI Kampung Tenang |
| Peserta | Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Perkhidmatan Pintar NADI di NADI Kampung Tenang kepada murid tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang. Melalui aktiviti ini, petugas dapat memperkenalkan program Tiny Techies dan Kidventure di NADI untuk menambah peserta baru bagi kedua-dua program tersebut. Selain itu, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid sekolah dan guru pengiring tentang pemeriksaan kesihatan kendiri yang disediakan di NADI secara percuma.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah setiap murid diberikan pendedahan tentang program Pekhidmatan Pintar NADI khususnya Microbit dan Robotik yang terdapat dalam program Tiny Techies di NADI Kampung Tenang. Selain itu, murid juga dapat melakukan saringan kesihatan secara percuma di NADI di samping melakukan aktiviti STEM untuk menggalakkan kerjasama bersama kumpulan dan pemikiran di luar kotak dalam melakukan sesuatu aktiviti. Terdapat juga aktiviti lain seperti pendaftaran keahlian baru NADI, pendaftaran peserta Tiny Techies dan Kidventure serta NADI Care.