mcmc
Laporan Aktiviti

Bazar Raya NADI Kampung Tenang 2026

Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00 pagi – 3.00 petang
TempatNADI Kampung Tenang
PesertaKomuniti NADI

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga tempatan mempromosikan dan menjual produk seperti biskut raya, kerepek, pakaian, tudung dan barangan lain. Selain itu, ia mengumpulkan penduduk kampung dalam suasana santai menjelang Hari Raya melalui aktiviti jualan dan program komuniti. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek kebajikan dan kesihatan melalui aktiviti seperti saringan kesihatan, kutipan zakat dan pendaftaran qurban.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan ialah jualan produk makanan raya seperti biskut raya, baulu dan kerepek. Jualan pakaian, tudung dan pakaian terpakai. Selain itu, saringan kesihatan kepada pengunjung untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan. Kutipan zakat oleh amil bertauliah bagi memudahkan komuniti menunaikan tanggungjawab zakat. Pendaftaran Qurban sebagai persediaan awal ibadah korban. Cuci emas percuma oleh Ar-Rahnu sebagai perkhidmatan tambahan kepada pengunjung. Disamping itu, pertandingan menganyam ketupat reben (dewasa) turut diadakan bagi memupuk semangat tradisi dan kreativiti masyarakat.

Gambar disini