|
Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu) Masa : 07:45 am – 01.00 pm Tempat : Dewan Serbaguna Kg. Tenang Peserta : 340 orang pengunjung. |
Tujuan:
Matlamat penganjuran Hari Bersama Komuniti 2022 adalah untuk mengeratkan hubungan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Tenang dengan komuniti setempat serta mewujudkan kalobarasi antara pemimpin setempat dan agensi . Selain itu, tujuan program ini dilakukan untuk mewujudkan kerjasama antara 5 PEDi yang sedia ada bersama PEDi baru fasa 37. Disamping itu, program ini dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital yang sihat. Memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah. Selain itu juga, memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai suasana perniagaan masa kini serta memupuk dan memberi kesedaran mengenai tahap kesihatan individu.
Aktiviti:
Hari Bersama Komuniti 2022 telah berlangsung bermula dari hari jumaat bersamaan 22 Julai 2022 (Jumaat) dengan kerjasama antara 5 buah PEDi yang sedia ada dengan PEDi fasa 37 yang bermula dari pukul 02:30 petang sehingga 06:00 petang. Antara aktiviti yang dilakukan ialah, Kursus Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Imam Masjid Darul Iman Kampung Tenang, yang telah dihadiri oleh kepada pelajar tahfiz, pelajar tahap 2 Sekolah Agama Kg. Tenang dan lelaki dewasa serta wanita. Selain itu, pengnjung diberi sesi soal jawab dan pemberian cenderamata kepada setiap individu yang hadir.
Manakala 22 Julai 2022 (Jumaat) telah diadakan 3 slot pertandingan. Pertandingan pertama diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi terdiri daripada lelaki dewasa dan wanita. Kelas perkakasan dan perisian komputer telah diadakan serta latihan pratikal. Selain itu juga diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan klik dengan bijak. Pertandingan menaip pantas menggunakan platform typing.test.com telah diadakan bagi menguji tahap menaip pantas para peserta.
Pertandingan kedua telah diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari yang terdiri daripada belia. Slot kali ini menfokuskan tentang laman web klik dengan bijak dan juga aplikasi aspirasi digital. Peserta diberi pendedahan serba sedikit tentatif program Hari Bersama Komuniti 2022 beserta pelbagai senarai pertandingan yang disediakan.
Bagi slot yang terakhir terbuka kepada umum bermula dari jam 3.00 petang sehingga pukul 6.00 petang, iaitu aktiviti sukaneka. Pelbagai aktiviti sukaneka telah diadakan iaitu, sukaneka Cari Harta Karun, Bowling Kelapa, dan Musang Berjanggut.
Kemuncak Hari Bersama Komuniti 2022 adalah 23 Julai 2022, Sabtu yang bermula dari jam 07:45 pagi hingga pukul 01:00 tengahari. Bagi aktiviti fizikal telah diadakan senaman ringan, poco-poco dan zumba. Kemudian telah diadakan taklimat ringkas berkaitan dengan latihan kebakaran yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labis.
Ceramah kesihatan bertajuk kepentingan imunisasi : apa yang perlu ada tahu juga diadakan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya imunisasi telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Pekan air Panas. Disusuli dengan taklimat ringkas dari Agro Bank dan D’jue Wellness tentang penjagaan kesihatan.
Pameran dari pelbagai agensi turut diadakan antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberi penerangan tentang pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan beserta jualan pelbagai produk mereka. Ar Rahnu YAPEIM mempamerkan produk jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti cuci emas. Klinik Kesihatan Pekan Air Panas telah membuat saringan kesihatan. Manakala, PTPTN Muar telah membuka kaunter pembukaan akaun SSPN dan terdapat juga pameran dari pelbagai agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Marykay, Kayu Warisan Tenang, Agro Bank, gerai jualan dari Sahabat AIM dan Car Bootsale Labis juga telah bersama-sama memeriahkan lagi program Hari Bersama Komuniti ini.
Majlis penutup Hari Bersama Komuniti 2022 telah dirasmikan oleh En. Sabri Bin Nozari, Penghulu Mukim Labis . Turut hadir menyerikan majlis penutup En Zauqi Bin Md. Zin, wakil TM , En Al-Hafiz Bin Mustapha, wakil MSD (DRM), En. Ismail Bin A. Bakar, Ketua Kampung Tenang serta En. Saiful Bin Sahlan.