FERTIGASI CILI DAN TERUNG
Fertigasi cili dan terung telah diusahakan oleh saudara Muhammad Mu’az Bin Muhamad Fauzi. Beliau Berumur 29 tahun yang merupakan belia Kg Tenang yang sangat berfikiran jauh untuk memajukan sistem pertanian dalam kawasan perkampungan. Beliau menggunakan ilmu yang dipelajari dan pengalaman bekerja di Australia sebagai pemetik buah selama 4 tahun, untuk mengusahakan tanaman cili dan terung di sini. Beliau mengusahakan aktiviti ini di kawasan rumahnya dan tapak kosong di dalam Kampung Tenang.
Berbekalkan modal sebanyak RM 20,000.00, beliau mula mengusahakan taman ini secara berperingkat. Permulaannya beliau hanya menanam cili dan dihantar kepada pusat pengumpulan hasil pertanian dan pasar tani di kawasan Labis. Dengan hasil yang diperoleh dan mendapat pendapatan yang lumayan serta permintaan yang menggalakkan, beliau telah menggunakan keuntungan hasil cili untuk menanam terung pula. Hingga kini, beliau telah memperoleh pendapatan sebanyak RM 4000.00 sebulan hasil daripada pertanian yang diusahakan. Harga sekilo cili hijau RM 10.00, cili merah RM 13.00 sekilo, harga cili padi RM18.00 sekilo, manakala harga sekilo terung pula ialah RM 5.50.

Sebarang tempahan boleh hubungi :
Nama : Muhammad Mu’az Bin Muhamad Fauzi
Facebook : Muhammad Mu’az
Instagram : Muhammad Mu’az
No Telefon : 010-9439367
Whatsapp : 014-35393607
