|
Nama : Dhiya Thahira Binti Mohd Norizan Ahli : 2022 Umur : 11 tahun |
Latar belakang
Dhiya Thahira atau lebih mesra dikenali sebagai Yaya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau menetap di pekan Labis, namun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang. Beliau seorang yang petah bercakap dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau ada mengikuti kelas asas komputer di sekolah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja Masih banyak ilmu dan pengetahuan yang masih belum diterokai dan dipelajari olehnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI pada bulan Januari 2022, beliau rajin dan sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas Microsoft Word, kelas Multimedia dan lain-lain. Beliau juga sering datang ke NADI apabila mempunyai waktu terluang untuk melayari internet, menonton video pendidikan, dan sebagainya. Selain itu, beliau mahir menggunakan teknologi terkini iaitu, telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan perhubungan berkaitan tugasan di sekolah bersama rakan-rakannya. Hingga kini, beliau sudah mampu menaip pantas dan mahir membuat carian di google berbanding sebelum menjadi ahli di NADI.