mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2022 : Keusahawanan – Puan Nursuhaidah Binti A.Wahab

Q1-SUHAIDA-3

Biskut, kek dan pelbagai jenis pastri

Nama                     : Puan Nursuhaidah Binti A. Wahab

Ahli                        : 2022

Umur                     : 33 tahun

 

Latar belakang

Puan Suhaida merupakan anak kelahiran Kg. Tenang yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan akibat kesempitan hidup dan keruntuhan rumahtangga yang pernah dilaluinya. Pada tahun 2017, beliau mula menjual kek dan pastri secara kecil-kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menjadi ahli NADI, beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana NADI yang berdekatan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga adalah daripada rakan-rakan dan penduduk sekitar Labis.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan, advokasi klik dengan bijak serta pelbagai program NADI yang telah disertai. Beliau kini telah memiliki kedai di Shopee. Beliau dapat menggunakan Shopee sebagai platform menjual produk jualan, khususnya biskut raya. 

Kini pada musim perayaan tahun 2022, beliau dengan bantuan promosi oleh pihak NADI Kg. Tenang jualannya telah mencecah 1,500 balang dengan pendapatan sebanyak RM 10,000 pada bulan tersebut. Setiap kali musim perayaan, biskut raya Puan Suhaida pasti mendapat permintaan yang sangat tinggi berbanding pada hari biasa.

 

 Q1-SUHAIDA-20

Q1-SUHAIDA-9 Q1-SUHAIDA-18

Q1-SUHAIDA-15 Q1-SUHAIDA-9