|
Tarikh : 08 Ogos 2023 (Selasa) Masa : 9:00 pagi – 10:00 pagi Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Tabika KEMAS Kg. Tenang & Air Panas |
Tujuan
Kelas ini dilakukan untuk memperkenalkan papan kekunci sebagai satu perkakasan komputer kepada murid-murid tabika. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan perkomputeran tentang penggunaan komputer dengan memberikan latih tubi cara menekan papan kekunci menerusi aplikasi Typing Club.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah murid-murid diberikan penerangan tentang papan kekunci, cara membuka laman sesawang Typing Club dan diberi latih tubi cara menaip dengan betul.