mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023: Keusahawanan – Puan Rosmianti Binti Mohd Aris

IMG 8914

Nama                  : Puan Rosmianti Binti Mohd Aris

Ahli                     : 2010

Umur                  : 33 tahun

 

Latar belakang

 

Puan Rosmianti atau lebih dikenali dengan panggilan Yan, merupakan anak jati kelahiran negeri Pahang. Beliau berkahwin dengan warga Kg. Tenang dan menetap di Kampung Tenang. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan. Minat yang mendalam untuk berniaga dan membuat kuih-muih telah mendorong beliau untuk berniaga. Beliau telah mula berniaga pada tahun 2017 dan mendapat sokongan daripada suami dan keluarganya. Beliau juga merupakan pekerja separuh masa di sebuah butik Andaman di Labis.    

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Sebelum menjadi ahli NADI Kg. Tenang, beliau pernah mengikuti aktiviti di NADI yang berhampiran dan pendapatannya hanya RM 800.00 sebulan dengan menjual kuih-muih kepada rakan-rakan yang mengenali.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

 

Selepas menjadi ahli di NADI, beliau aktif mengikuti pelbagai kelas di NADI dan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan di NADI. Beliau juga telah memiliki ramai kenalan yang semakin mengenali beliau. NADI Kg. Tenang sering mempromosikan jualannya melalui kuih-muih yang ditempah sewaktu aktiviti di NADI Kg. Tenang. Beliau juga pandai mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan mempromosikan jualannya di Facebook dan Whatsapp status dan group-group di kampung. Dengan hasil pembelajaran di NADI juga, beliau pandai menggunakan QR code untuk pembayaran perbankan internet. Kini, pendapatan beliau juga meningkat sebanyak RM 1,200 berbanding sebelum ini. 

 

 

  IMG 8915

IMG 8631  EDITING-GAMBAR-PRODUK-2

WhatsApp-Image-2023-12-11-at-10.22.54-AM  WhatsApp-Image-2023-12-11-at-10.24.20-AM