mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Bersama Komuniti Felda Chemplak 2024

Tarikh      :     18 Febuari 2024

Masa        :     07:30 pagi – 02:30 tengah hari

Tempat    :     PEDi Felda Chemplak

Peserta    :     Pengunjung PEDi Chemplak 

 
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan komuniti setempat bersama PEDi Felda Chemplak dan mewujudkan kolaborasi antara PEDi yang berdekatan, pemimpin setempat dan agensi yang terlibat. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di PEDi. Di samping itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kelas dan latihan keusahawanan yang telah dijalankan.
 
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah tabika, pertandingan roket air dan explorace ICT untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, pertandingan menaip pantas dan make up anak-beranak untuk orang dewasa. Selain itu, latihan keusahawan turut dilakukan seperti kelas fotografi dan poster canva. Di samping itu, para pengunjung turut diberikan taklimat advokasi Klik denagn Bijak mengenai penipuan kewangan.