mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Tutorial Ikat Kain Sampin dan Tudung Raya Aidilfitri

Tarikh      :     07 April 2024

Masa        :     10:00 pagi – 12:00 tengah hari

Tempat    :     NADI Kg Tenang

Peserta    :     Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari cara mengikat kain sampin dan mengayakan tudung mereka dengan mengikut kreativiti mereka sendiri. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat mencintai dan mengagungkan adat Melayu tradisional.
 
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah pelajar mengikuti kelas tutorial memakai kain sampin dan tudung mengikut cara-cara yang dipaparkan di laman sesawang Youtube. Selain itu, pelajar juga turut menyertai pertandingan mewarna sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelajar turut diberikan taklimat tips keselamatan jalan raya ketika pulang ke kampung sempena menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri.