mcmc
Maklumat Pi1M

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

WhatsApp-Image-2021-12-07-at-9.12.25-AM

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

 

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Kg. Tenang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Kg. Tenang telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 7 November tahun 2021. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Portal Test bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

473

 AHLI BARU BULAN FEBUARI 2024

10
 KESELURUHAN PADA FEBUARI 2024  483
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

 

Untuk menjadi petugas NADI Kg Tenang, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan akan kami galas dengan baik. Kenali kami:

 
PENGURUS
 
 
Nama : Puan Nurjihan Fatini Binti Roslan
Mula berkhidmat : 15 Ogos 2018
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
IMG 4051
 
Nama : Cik Nur Amira Binti Othman
Mula berkhidmat : 16 Jun 2023