|
Tarikh : 25 November 2022 (Jumaat) Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengahari Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Wanita |
Tujuan
Memberi kesedaran tentang Check Your Label dan kepentingan menyemak label sebelum membeli peranti di pasaran, memberi peluang kepada peserta mempelajari retorik perniagaan, menambah keahlian PEDi dan merapatkan hubungan antara petugas PEDi Kg. Tenang dengan komuniti serta kakitangan Tupperware Brands. Selain itu, tujuan program ini juga adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi dan jualan buku Love & Enjoy English Book dan Israq Mi’raj yang dijual di PEDi Kg. Tenang.
Aktiviti
Taklimat advokasi Check Your Label dan promosi perkhidmatan PEDi Kg. Tenang kepada semua peserta. Selain itu, peserta diberi soalan kuiz tentangadvokasi Check Your Label dan promosi perkhidmatan PEDi Kg. Tenang.
.
Kemudian, peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Tupperware dan jualan keusahawanan. Kanak-kanak yang hadir juga telah mengikuti kelas perkakasan komputer dan mewarna dalam talian.