|
Tarikh : 15 September 2023 (Jumaat) Masa : 09:30 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Terbuka |
Tujuan
Kelas ini dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kreativiti para pelajar tentang cara membungkus hadiah dengan betul. Selain itu, kelas ini dapat memupuk semangat patriotik di dalam diri mereka dengan mendeklamasikan sajak dan menyertai pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan. Di samping itu, program ini bertujuan memberikan kesedaran tentang KITAR agar peserta cakna tentang kitar semula barang elektronik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta mengikuti kelas DIY mini hamper. Selain itu, peserta turut mengikuti kelas toturial mendeklamasikan sajak. Selepas selesai mendengari video deklamasi sajak, mereka mempersembahkan sajak mereka kepada rakan-rakan yang lain di hadapan kelas. Di samping itu, murid- murid turut menyertai pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan dan mereka juga diberikan taklimat advokasi dan menjawab soalan kuiz mengenai KITAR.