|
Tarikh : 21 Julai 2023 (Jumaat) Masa : 9:30 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Wanita |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat membuat cucian emas, pemeriksaan kesihatan dan latihan keusahawanan. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara PEDi dengan agensi Tupperware, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Ar-Rahnu Yapeim serta komuniti setempat. Program ini turut bertujuan menambah keahlian PEDi.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah latihan keusahawan, demonstrasi dan jualan Tupperware. Peserta juga turut mengambil peluang untuk mencuci emas, pemeriksaan kesihatan, mendengar taklimat kesihatan dan membuat pendaftaran memogram. Di samping itu, peserta juga diberikan taklimat advokasi Klik dengan Bijak, permainan pendidikan Kahoot.it dan cabutan bertuah.