|
Tarikh : 19 Ogos 2022 Masa : 10:00 pagi – 12:30 tengahari Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Wanita & Usahawan |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah menambah tarikan kepada komuniti supaya menggunakan perkhidmatan di PEDi Kg. Tenang. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para wanita menggunakan kemahiran yang dipelajari ini sebagai pendapatan samping dan merapatkan hubungan antara komuniti dengan petugas di PEDi.
Aktiviti
Advokasi Klik Dengan Bijak tentang penipuan perbankan internet, kuiz, dan perkongsian tentang cara lipatan/gubahan tuala berbentuk kipas, lilin, bunga dan lain-lain. Selain itu, peserta juga diberi tips untuk membuat perkhidmatan gubahan sebagai pendapatan sampingan mereka. Di samping itu, peserta berpeluang menyertai pertandingan gubahan tuala.