|
Tarikh : 19 Ogos 2024 Masa : 02:30 petang – 04:30 petang Tempat : NADI Kg. Tenang Peserta : Guru SK Kampong Tenang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk menambah keahlian di NADI dalam kalangan guru SK Kampong Tenang dan menyebarkan serta mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang kepintaran aplikasi Canva yang boleh dipraktikkan oleh para guru khususnya dalam membuat buku program sebagai kegunaan di sekolah. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para guru menjana pendapatan melalui kelas yang dilakukan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah para peserta diberikan taklimat berkaitan pengenalan tentang Canva, cara penggunaan Canva dengan betul, tatacara penggunaan teks, latar belakang dan cara membuang latar belakang pada gambar yang dipilih serta cara memasukkan gambar dengan cara yang betul. Setelah selesai sesi pembelajaran, para peserta diberikan masa untuk menyediakan satu lembaran muka hadapan buku program dan buku program yang menarik serta menggunakan kesemua elemen yang dipelajari telah dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta muka hadapan buku program.