| Tarikh | 28 Februari 2026 |
| Masa | 9:30 pagi – 10:30 pagi |
| Tempat | NADI Kampung Tenang |
| Peserta | Komuniti NADI |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Selain itu, menggalakkan budaya membaca dan memahami Al-Quran dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini juga dapat memanfaatkan kemudahan digital di NADI untuk pembelajaran Al-Quran secara interaktif dan moden.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah setiap peserta berpeluang mengikuti sesi tadarus Al-Quran berkumpulan dengan adanya pembahagian surah mengikut NADI. Selain itu, pembetulan bacaan dan tajwid asas oleh Ustaz Tajwid berfokus kepada makhraj huruf dan hukum tajwid semasa pembacaan secara individu. Tadabbur ringkas dalam kupasan maksud ayat-ayat pilihan turut diadakan selepas tadarus.