|
Tarikh : 07 Febuari 2024 Masa : 10:00 pagi – 03:30 petang Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Pengunjung Program |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat membuat caruman dan faedah-faedah yang telah ditawarkan oleh PERKESO. Selain itu, pengunjung berpeluang mendengar penerangan dan informasi tentang perkhidmatan di KWSP dan pendedahan tentang kepentingan simpanan wang di Tabung Haji, khirat kematian serta info mengenai ibadah haji. Di samping itu, program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara PEDi dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji serta komuniti setempat.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi taklimat mengenai caruman dan faedah-faedah yang ditawarkan oleh PERKESO. Para pegunjung membuat semakan akaun tabungan dan sesi taklimat mengenai khirat kematian serta info haji. Di samping itu, mereka mendengar taklimat tentang simpanan di KWSP mengenai I-Saraan, I-Lindung dan I-Sayang serta diberikan taklimat advokasi Klik dengan Bijak mengenai KITAR melalui tayagan video di televisyen.