mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Perlancongan & Bersejarah

WhatsApp-Image-2021-12-08-at-5.21.48-PM

Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Kampung Tenang, Labis yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Hutan Lipur Taka Melor, Kg. Tenang

 

 

Kawasan ini merupakan salah satu kawasan pelancongan di dalam Mukim Labis yang terletak di perkampungan Kampung Tenang. Kawasan ini sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air terjun dan sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung untuk ke sini. Selain itu, lokasinya yang terletak jauh daripada kesibukan bandar dan dikawal oleh Jabatan Perhutanan yang dapat memelihara keindahan flora dan faunanya. Oleh itu, ia bersesuaian dengan pencinta alam yang ingin meneroka khazanah alam dan mendapatkan kedamaian di sini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini . Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tapak perkhemahan, pondok untuk aktiviti riadah  dan tandas awam.

 

Air Terjun Sungai Salur Gajah, Kg. Tenang 

 

WhatsApp-Image-2021-12-08-at-2.48.45-PM-1

 

Air Terjun Salur Gajah, terletak di dalam Hutan Simpan di Kampung Tenang. Lokasi ini masih belum bertar dan pengunjung yang ingin masuk perlu melalui jalan tanah merah. Antara keistimewaan lokasi ini adalah kerana keindahan flora dan faunanya yang masih belum diterokai lagi. Lokasi ini terletak jauh kedalam hutan simpan yang kira-kira setengah jam perjalanan daripada kawasan perkampungan Kampung Tenang. Air terjun ini ialah ia mempunyai tempat yang lapang dan sesuai untuk mandi manda dengan air yang sejuk dari bukit dan juga air terjun yang selamat kepada pengunjung. 

 

 Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis

 

WhatsApp-Image-2021-12-08-at-2.48.44-PM

 

Pusat Rekreasi Kolam Air Panas merupakan kawasan air panas semula jadi yang terdapat dalam perkampungan Pekan Air Panas. Lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai sama ada orang tempatan mahupun daripada kawasan luar. Kawasan ini jauh dari kesibukan bandar yang bersesuaian dengan pengunjung yang ingin mencari kedamaian dan menjauhkan diri dari kesibukan tugasan seharian.

Kawasan ini juga merupakan kawasan yang menjadi tumpuan kerana mempunyai kemudahan seperti taman tema air yang lapang, gazebo untuk beristirahat, tandas awam, surau, kemudahan tempat letak kereta yang luas dan jalan bertar. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai bilik jakuzi yang boleh memuatkan beberapa orang individu atau sebuah keluarga yang sederhana. Di sini juga mempunyai beberapa buah kolam air panas semula jadi yang terbuka untuk semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.

(Sumber : Majlis Daerah Labis, dan Penduduk Tempatan)

 

 

MAKAM TOK TENANG

 

WhatsApp-Image-2022-03-06-at-1.23.01-PM

 

Makam Tok Tenang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tenang. Tok Tenang merupakan individu yang bertanggungjawab membuka kawasan perkampungan Kampung Tenang dan kawsan sekitar. Dengan itu Tok Tenang, seorang tokoh agama yang agak terkenal di sekitar Segamat, Johor abad ke 19 Masihi. Penduduk tempatan menceritakan bahawa Tok Tenang ini bertaraf wali dan ada yang menambah beliau adalah seorang kerabat diraja. Maklumat pada makam menyebut nama sebenarnya sebagai Ariffin, meninggal dunia tahun 1274 Hijrah (bersamaan sekitar 1859 Masihi). Turut disebut beliau membuka Kampung Tenang pada 22 Ramadhan 1221 Hijrah (bersamaan sekitar 1806 Masihi). 

 

(Sumber : SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)