|
Tarikh : 19 Januari 2024 Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Kanak-kanak |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kesedaran advokasi Klik Dengan Bijak yang berkaitan dengan Buli Siber. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran insaniah dengan melakukan aktiviti mewarna dan mendekorasi kek cawan.
Aktiviti
Peserta diberikan Advokasi berkaitan Klik Dengan Bijak sebelum memulakan kelas Deko Kek Cawan. Kemudian, pelajar membuat aktiviti kemahiran insaniah iaitu, mewarna gambar kek cawan dalam talian untuk melatih minat mewarna dalam diri kanak-kanak. Setelah mengikuti aktiviti tersebut, pelajar melakukan aktiviti mendekorasi kek cawan bersama-sama.