|
Tarikh : 05 Mac 2024 Masa : 09:30 pagi – 05:30 petang Tempat : NaDi Kg Tenang Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memenuhi masa lapang pelajar pada musim cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi pengetahuan ICT kepada para pelajar. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar mempelajari ilmu STEM, e-pembelajaran, ICT dan kelas keusahawanan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah pelajar mempelajari ilmu STEM dengan membuat doodling robot, diy bot air dan kelas coding menggunakan aplikasi Stracthjr. Selain itu, mereka juga turut mengikuti kelas e-pembelajaran dan ICT dengan menggunakan laman sesawang Kahoot.it dan Monkeytype untuk menaip pantas. Para pelajar juga turut berpeluang untuk menyertai kelas keusahawanan dengan membuat diy ais krim. Di samping itu, mereka juga turut diberikan taklimat dan tayangan video Klik dengan Bijak mengenai Pengantunan Seksual Kanak-Kanak.