Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Tenang boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Di samping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang futsal, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), jalanraya berturap, pondok bas, kedai makan, kedai runcit, pondok rela, dewan, sekolah rendah dan sekolah agama dan masjid turut terdapat di Kampung Tenang. Selain itu, terdapat juga kemudahan Klinik Kesihatan di kawasan berdekatan iaitu di Pekan Air Panas.
Masjid Jamek Darul Iman Kampung Tenang

Dewan Serbaguna Kampung Tenang

Gelanggang Futsal

Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang

Pusat Perkumpulan Wanita Kampung Tenang
