Klinik Kesihatan Pekan Air Panas
Jaraknya lebih kurang 1.4km dari Kampung Tenang dalam jangkaan masa 2 minit. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, jika penduduk menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Segamat yang jaraknya lebih kurang 37km selama 35 minit. Disamping itu, terdapat juga klinik swasta disekitar Pekan Labis dan Pekan Segamat.
