Biskut, suplemen kecantikan dan pakaian
|
Nama : Puan Norasmawati Binti Mokhti Ahli : 2014 Umur : 36 tahun |
Latar belakang
Puan Norasmawati atau lebih dikenali sebagai Puan As, merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa, namun giat mencari pendapatan sampingan seperti penjual biskut sarang semut warisan keluarganya, menjual pakaian di pasar malam dan menjadi dropship suplemen kecantikan serta beberapa produk lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli di NADI, beliau tidak pernah mengikuti kelas keusahawanan di mana-mana tempat yang berdekatan. Selain itu, pelanggan produk jualannya merupakan warga komuniti setempat dan rakan-rakan yang dikenali beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas dan latihan keusahawanan, advokasi klik dengan bijak serta pelbagai program di NADI yang telah disertai, beliau kini telah berjaya memasarkan produk jualannya dengan menggunakan platform di Shopee. Beliau dapat menggunakan Shopee sebagai platform menjual biskut sarang semut dan membuat jualan baju secara langsung/live di Shopee. Setiap bulan, Puas Asmawati memperoleh jualan 20 ke 30 balang biskut sarang semut sama ada jualan secara atas talian mahu sebaliknya.


