| Tarikh | 3 Julai 2025 |
| Masa | 9:00 pagi – 12:00 tengah hari |
| Tempat | NADI Kg Tenang |
| Peserta | Usahawan |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang teknik penyimpanan, pengendalian, dan penyediaan makanan yang selamat bagi mengurangkan risiko keracunan makanan Selain itu, menggalakkan penyertaan usahawan dalam pelbagai program dan keahlian NADI secara aktif.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan BMI secara percuma. Selain itu, pendaftaran keahlian NADI secara percuma turut dilakukan kepada pengunjung program yang hadir.