PERUSAHAAN KUIH – MUIH
Pengusaha kuih-muih di Kampung Tenang ialah Puan Rosmianti Bt Mohd Aris. Beliau merupakan penduduk tetap di Kampung Tenang, dan sudah hampir 4 tahun mengusahakan secara aktif perniagaan berunsurkan makanan iaitu kuih-muih. Berikut merupakan butir-butir berkenaan Puan Rosmianti.
Beliau bergiat aktif mempromosikan jualan kuih-muih beliau secara atas talian melalui media sosial iaitu melalui Facebook dan Whatsapp. Beliau juga sering meletakkan kuih-muihnya di kedai-kedai dan vendor yang berhampiran.


Putri Ayu : 1 biji RM 1.00, 10 biji RM 10.00
WAJIK SIRAT DAN KEREPEK PISANG

Puan Jamariah Binti Haji Luman pengusaha wajik sirat, beras rendang, kerepek pisang dan dodol. Beliau merupakan penduduk tetap di Kampung Tenang. Pada mulanya, beliau hanya sekadar suka-suka untuk buat makan sendiri serta memberi rasa kepada jiran tetangga dan sedara mara. Setelah itu, beliau telah mendapat tempahan yang banyak bermula selepas raya pada tahun 2019. Perusahaan beliau telah bergiat aktif dalam perniagaan ini pada musim COVID-19 telah mendapat sambutan yang amat tinggi

Menurut kata suaminya yang sudah berhanti sebagai pekerja kilang merasai sangat berbaloi untuk meneruskan pengusahaan ini selain membuat kerja sampingannya seperti nelayan. Selain itu, beliau telah mempunyai 4 agen untuk mengembangkan lagi perniagaannya ke pasaran luar. Kesemua agen-agen beliau terdiri daripada kenalan rapat sendiri yang berasal di dalam kalangan penduduk kampung juga. Oleh demikian itu, terdapat salah seorang daripada agen beliau yang telah memajukan perniagaan ini melalui sistem dalam talian iaitu Shopee yang membuatkan pendapatan purata sebanyak RM4,000 sebulan.

Berikut merupakan maklumat untuk sebarang pertanyaan dan tempahan :
NO. TEL. : 019-7935045 Puan Jamariah
WHATSAPP : 019-7935045 Puan Jamariah / https://wa.me/+601128654776 agen JB
FACEBBOOK : Jawa Lejen | Facebook / Wajik Sirat Mariana | Facebook agen JB
SHOPPE : https://shopee.com.my/marianafoods?smtt=0.0.9
Harga Produk :
– PIsang Tanduk 400 gram (RM 10.00)
– Pisang Nangka 500 gram (RM 10.00)
– Beras Rendang 500 gram (RM 10.00)
– Wajik Sirat 500 gram ( RM 10.00)
– Dodol 500 gram (RM 10.00)
