KAMPUNG TENANG
Kampung Tenang yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Labis merupakan sebuah kampung tradisional yang masih mengekalkan kawasan penempatan secara warisan oleh masyarakat Melayu dan mempunyai ciri-ciri Melayu dalam seni binanya. Menurut masyarakat di Kampung Tenang, individu yang bertanggungjawab membuka kampung ini ialah Kamarul Ariffin Bin Alaudin Bin Bahauddin atau dikenali sebagai ‘Tok Tenang’ atau ‘Tok Maarib, seorang pengembara pengembang ajaran agama Islam dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Indonesia.

Penduduk Kampung Tenang terdiri daripada bangsa Melayu sepenuhnya. Jumlah penduduk adalah sebanyak 1200 orang yang berada di dalam kawasan Kampung Tenang. Purata hasil pendapatan yang terdapat di sini berlandaskan pertanian, penternakan dan sebagainya. Berikut merupakan jantina :
Jadual : Populasi Penduduk di Kampung Tenang
| Pecahan mengikut jantina | Peratus (%) | Jumlah (orang) |
| Lelaki | 41.67 | 500 |
| Perempuan | 58.33 | 700 |
| Jumlah keseluruhan | 100 | 1200 |
AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG
|
AHLI PARLIMEN Y.B TUAN PANG HOK LIONG (P .142 LABIS) |
![]() |
|
ADUN KAWASAN Y.B HAJAH HASLINDA BINTI SALLEH (N 05 TENANG) |
![]() |
|
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH LABIS SHAMSUL ARIFF BIN SULAIMAN (MAJLIS DAERAH LABIS) |
![]() |
|
PENGHULU ENCIK SABRI BIN NOZARI (MUKIM LABIS) |
![]() |
|
KETUA KAMPUNG EN. ISMAIL BIN ABU BAKAR (KAMPUNG TENANG) |
![]() |
Sumber Rujukan / Carian : LAMAN WEB DEWAN NEGERI JOHOR, PORTAL MAJLIS DAERAH LABIS, PORTAL KOMUNITI SEGAMAT & PENDUDUK KAMPUNG.





