mcmc
Pendidikan

PENDIDIKAN

LOT-8776-OFF-JALAN-KOLEJ-TAR-TAMAN-TUNKUABDUL-RAHMAN-SEGAMAT-JOHOR-DARUL-TAKZIM-1-Sty-Terrace-House-Segamat-Malaysia

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE, JOHOR BRANCH CAMPUS

Kolej TAR singkatan bagi Tunku Abdul Rahman University College,  adalah pembelajaran institusi tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kolej ditubuhkan pada 18 MEI 1998 dan kini terletak di pekan Segamat. Kecermerlangan TAR UC dalam bidang pendidikan amat diiktiraf di seluruh wilayah selatan Semenanjung Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh Kampus TAR UC Cawangan Johor. Dengan pelbagai kemudahan yang komprehensif seperti dapur latihan, restoran, dapur bakeri, hotel mock, makmal akuakultur, dan rumah penanaman cendawan. Jarak perjalanan dari Kampung Tenang ke Kolej ialah sejauh 32km dalam jangka masa selama 31 minit.

 

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

Hm3FtqiP 400x400

Kolej Vokasional adalah pembelajaran institusi tinggi kerajaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Nama asal kolej ini daripada SMK Teknik Segamat dan kini terletak di Segamat. Program yang ditawarkan adalah merupakan yang diiktiraf oleh badan profesional bidang berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia, Majlis Optik Malaysia dan sebagainya. Kolej semasa telah dilengkapi dengan infrastruktur terkini bagi kemudahan pembelajaran. Jarak perjalanan dari Kampung Tenang ke Kolej ialah sejauh 40km dalam masa 39 minit.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN, JALAN TENANG

DSC00968

Merupakan sekolah menengah yang paling hampir dengan Kampung Tenang iaitu dengan jarak 11km selama 12 minit.

 

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG dan SEKOLAH AGAMA KAMPUNG TENANG 

WhatsApp-Image-2021-12-09-at-10.30.51-AM-5

WhatsApp-Image-2021-12-09-at-10.44.54-AM

Terdapat dua buah sekolah di Kampung Tenang iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang dan Sekolah Agama Kampung Tenang. Kedua-dua buah sekolah ini terletak berdekatan diantara satu sama lain dengan anggaran murid seramai 476 orang.

 

TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

WhatsApp-Image-2021-12-09-at-10.30.51-AM-1

Tabika Kemas Kampung Tenang dan Tabika Kemas Pekan Air Panas dengan anggaran pelajar seramai 51 orang.