|
Tarikh : 16 November 2024 Masa : 07:30 pagi – 04:30 petang Tempat : Dewan Taman Wira, Labis Peserta : Usahawan & Pelajar |
Tujuan
Kursus ini bertujuan untuk menambah keahlian di NADI dalam kalangan peserta dari usahawan dan menyebarkan serta mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang strategi pemasaran digital, fotografi dan reka bentuk grafik, copywritting dan perancangan kempen dalam perniagaan. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para peserta menjana pendapatan melalui kelas yang dilakukan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah para peserta mengikuti kursus e-kelas usahawan dengan mempelajari strategi pemasaran digital, fotografi dan reka bentuk grafik, copywritting dan perancangan kempen dalam perniagaan. Selain itu, peserta turut menggunakan pelbagai aplikasi AI seperti Suno, Recraft dan lain-lain aplikasi untuk dipratikkan di dalam perniagaan mereka. Petugas NADI mengambil peluang untuk mempromosikan keahlian NADI serta membuat pemeriksaan kesihatan kepada peserta.