| Tarikh | 22 April 2024 |
| Masa | 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Tempat | NADI Kampung Tenang |
| Peserta | Pelajar Tadika |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca sejak kecil agar kanak-kanak terbiasa dengan buku dan bahan bacaan. Selain itu, dapat mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi melalui aktiviti membaca dan bercerita. Program ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti dengan pendedahan kepada cerita bergambar dan kisah menarik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi membaca bersama guru dan petugas dengan membaca buku bergambar dengan intonasi menarik. Selain itu, aktiviti menaip ibu bapa bersama anak-anak. Pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan. Di samping itu, ibu bapa turut menyertai kempen MCMC NEXUS GO @ NADI.