| Tarikh | 29 November 2025 |
| Masa | 8:30 pagi – 1:00 petang |
| Tempat | NADI Kampung Tenang |
| Peserta | Komuniti Kampung Tenang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang peranan NADI sebagai pusat maklumat setempat dan memperkenalkan program perkhidmatan pintar NADI. Selain itu, memperluas capaian perkhidmatan digital kerajaan melalui promosi dan pendaftaran platform digital seperti MyDigitalID dan menggalakkan penyertaan komuniti dalam pelbagai program dan keahlian NADI secara aktif.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta diberikan taklimat mengenai Kempen Internet Selamat, Nexus MCMC dan AIFA chatbox. Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sukaneka isi air dalam botol dan sudu bergetah, pertandingan gubahan tuala, mahir masak, mewarna kanak-kanak, pertandingan puzzle, pertandingan poster canva kempen internet selamat, pertandingan kahoot dan pertandingan e-sport. Peserta juga turut membuat saringan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan BMI secara percuma. Di samping itu, pendaftaran keahlian NADI secara percuma turut dilakukan kepada pengunjung program yang hadir.