|
Tarikh : 04 Disember 2023 Masa : 10:00 pagi – 03:30 petang Tempat : PEDi Kg. Tenang Peserta : Pengunjung Program |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat membuat pemeriksaan kesihatan terutamanya mengenai buah pinggang, memberi penerangan dan informasi tentang membuat simpanan di KWSP dan memberi pendedahan tentang kepentingan membuat hibah, Takaful dan BSN. Selain itu, program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara PEDi dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Prudencial BSN serta komuniti setempat.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah latihan keusahawanan dan sesi taklimat mengenai hibah dan takaful dari Prudencial BSN. Para pegunjung melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian air kencing, tekanan darah, ujian kolestrol dan gula dalam darah serta sesi kaunseling. Di samping itu, mereka mendengar taklimat tentang simpanan di KWSP mengenai I-Saraan, I-Lindung dan I-Sayang serta diberikan taklimat advokasi Klik dengan Bijak mengenai Check Your Label.