|
Tarikh : 29 Ogos 2024 Masa : 09:00 pagi – 12:00 tengah hari Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Tenang Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan NADI kepada sekolah-sekolah yang terlibat dan kakitangan Pejabat Kesihatan. Selain itu, tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan kerjasama dengan pihak kerajaan dengan NADI.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah peserta diberikan taklimat bahaya merokok yang disampaikan oleh kakitangan Pejabat Kesihatan. Selain itu, beberapa pameran kesihatan turut diadakan seperti bahaya merokok dalam kalangan pelajar sekolah, produk yang mengandungi bahan terlarang dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga melakukan aktiviti STEM seperti Smart Turn dan diberikan taklimat Klik dengan Bijak tentang Buli Siber serta diberikan kuiz berkaitan taklimat tersebut.