Program Sambutan Warga Emas Bersama NADI
| Tarikh | 18 April 2026 |
| Masa | 7.30 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | Klinik Kesihatan Pekan Air Panas |
| Peserta | Warga Emas |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental melalui aktiviti santai, sihat dan merangsang minda. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan sosial antara warga emas dengan komuniti setempat serta generasi muda. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada teknologi asas dengan cara membantu warga emas celik digital melalui bimbingan mesra.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamam sihat warga emas dengan melakukan aktiviti seperti chairobik atau senaman kerusi bersama fisioterapi. Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga emas untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan. Sesi interaktif bertajuk “Kenali Sarkopenia” oleh Fisioterapi, “Mental dan Demensia” oleh kaunselor dan “Pinggan Sihat Warga Emas” oleh pakar pemakanan turut diberikan kepada warga emas. Di samping itu, pelbagai booth pameran diadakan seperti NADI, Monash University, Rehab dan lain-lain lagi.