mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2023: Celik ICT – Ainin Sofia Binti Shahrul Nizam

IMG-3757

Nama                     : Ainin Sofia Binti Shahrul Nizam

Ahli                        : 2023

Umur                     : 11 tahun

 

Latar belakang

Anin Sofia merupakan anak jati Kampung Tenang dan menetap di Kampung Tenang. Beliau merupakan anak sulung daripada 2 orang adik-beradik. Beliau tinggal bersama-sama ibu bapa dan adiknya di Kampung Tenang dan masih bersekolah rendah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau tidak mempunyai kemahiran berkomputer. Selain itu, beliau juga hanya membuat rujukan tentang pembelajarannya menggunakan buku rujukan yang dibekalkan di sekolah sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI, beliau sangat memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI sebaik-baiknya. Beliau juga aktif dalam mengikuti setiap kelas ICT dan aktiviti yang dilakukan di NADI seperti kelas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, E-learning Online, Advokasi Klik Dengan Bijak dan sering mendapat tempat pertama dalam kuiz pembelajaran yang dianjurkan di NADI. Di samping itu, beliau juga sudah mampu membuka laman sesawang Youtube yang diingini bagi tujuan pembelajaran dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas.

 

 IMG 0123