mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2022 Celik ICT – Muhammad Noorhaizat Bin Hamzah

IMG-6539

Nama                     : Noorhaizat bin Hamzah

Ahli                        : 2022

Umur                     : 12 tahun


Latar belakang

Noorhaizat bin Hamzah atau lebih mesra dikenali sebagai Ijat merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Beliau tinggal bersama-sama ibu bapa dan adik-beradiknya di Kampung Tenang. Beliau kini masih merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang. Beliau sangat aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh NADI Kg. Tenang. Beliau seorang yang tidak malu bertanya tentang perkara yang tidak diketahuinya yang berkaitan dengan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau kurang pendedahan tentang ICT. Selain itu, beliau juga kurang pengetahuan dalam teknologi terkini seperti Microsoft Word, aplikasi Zoom dan perkakasan komputer serta penggunaannya.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT misalnya kelas Microsoft Word, dan sebagai pengguna aktif di NADI Kg. Tenang. Beliau juga mahir menggunakan teknologi terkini seperti telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan penghantaran maklumat serta menggunakan telefon bimbit untuk megikuti kelas-kelas ICT pada setiap hujung minggu di NADI.   

Selain itu, beliau juga sering menunjukkan minat apabila menyertai kelas-kelas ICT di NADI. Hingga kini, beliau sudah pandai menggunakan komputer dan peralatannya setelah sering berkunjung di NADI Kg. Tenang.

 KELAS-ASAS-ANIMASI-2