mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023: Celik ICT – Nurhana Damia Binti Abu Bakar

IMG 0680

 

Nama                  : Nurhana Damia Binti Abu Bakar

Ahli                     : 2023

Umur                  : 8 tahun

Latar belakang

Nurhana Damia merupakan seorang anak guru di Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang dan menetap di Pekan Air Panas. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dengan kelas di NADI Kg. Tenang, beliau tidak mempunyai asas dan pengetahuan menggunakan komputer serta teknologi maklumat yang lain. Segala yang melibatkan komputer serta teknologi maklumat, beliau akan meminta pertolongan dan tunjuk ajar daripada petugas NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI, beliau sangat memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI sebaik-baiknya. Beliau juga aktif dalam mengikuti setiap kelas ICT dan aktiviti yang dilakukan di NADI seperti kelas Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, kelas mewarna dalam talian (thecolor.com), Advokasi Klik Dengan Bijak dan sering menghadiri diri setiap hujung minggu semasa cuti sekolah untuk menggunakan komputer di NADI. Di samping itu, beliau juga sudah menunjukkan minat terhadap kelas-kelas yang petugas anjurkan dan mampu membuka laman sesawang tentang pembelajaran seperti quizziz dan wordwall dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas. Beliau juga sering membantu rakan-rakan yang ketinggalan dalam pembelajaran semasa di NADI.

   IMG 3464