|
Ahli : 2022 Umur : 15 tahun |
Latar belakang
Muhammad Daniel Shah dikenali sebagai Daniel merupakan anak jati Kampung Tenang dan bersekolah di SMK Kamarul Ariffin, Labis. Beliau merupakan anak yang ke-4 daripada 4 orang adik beradik. Hobi beliau ialah melayari internet dan bermain bola. Beliau merupakan pengguna aktif di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau di NADi, beliau tidak pernah menggunakan perisian Microsoft Powerpoint yang terdapat di dalam komputer. Oleh yang demikian beliau tidak mahir menggunakan perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat sebarang slide sebagai satu medium pembelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI, beliau menjadi pengguna aktif yang sering mengunjungi NADI untuk menggunakan komputer pada masa lapang. Beliau juga tidak ketinggalan mengikuti setiap kelas STEM, kelas soft skill dan kelas ICT seperti kelas Microsoft Powerpoint yang dilakukan pada hujung minggu di NADI. Beliau juga sudah mampu menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan menggunakan segala pembelajaran dan teknik yang telah dipelajarinya. Kini, beliau dapat menghasilkan slide pembentangan yang menarik tanpa meminta tunjuk ajar dan bantuan daripada petugas NADI.

