mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2022 Celik ICT – Dhiya Thahira Binti Mohd Norizan

IMG 3366

 

Nama                     : Dhiya Thahira Binti Mohd Norizan

Ahli                        : 2022

Umur                     : 11 tahun

 

Latar belakang

Dhiya Thahira atau lebih mesra dikenali sebagai Yaya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau menetap di pekan Labis, namun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang. Beliau seorang yang petah bercakap dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau ada mengikuti kelas asas  komputer di sekolah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja Masih banyak ilmu dan pengetahuan yang masih belum diterokai dan dipelajari olehnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI pada bulan Januari 2022, beliau rajin dan sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas Microsoft Word, kelas Multimedia dan lain-lain. Beliau juga sering datang ke NADI apabila mempunyai waktu terluang untuk melayari internet, menonton video pendidikan, dan sebagainya.   Selain itu, beliau mahir menggunakan teknologi terkini iaitu, telefon pintar sebagai alat berkomunikasi dan perhubungan berkaitan tugasan di sekolah bersama rakan-rakannya. Hingga kini, beliau sudah mampu menaip pantas dan mahir membuat carian di google berbanding sebelum menjadi ahli di NADI.

 

  IMG 1958