|
Nama : Nur Syazilla Binti Haireel Anuaer Ahli : 2022 Umur : 21 tahun |
Latar belakang
Syazilla merupakan anak kelahiran kampung Air Panas dan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Beliau adalah pengguna tetap di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI beliau sering menggunakan perkhidmatan percetakan dan fotokopi di Pekan Air Panas. Selain itu, beliau juga tidak pernah mengikuti kelas-kelas yang berkaitan dengan ICT dan keusahawanan di mana-mana agensi. Beliau juga kurang kemahiran dengan Microsoft Word dan Microsoft Excel
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI beliau merupakan pengguna aktif yang sering menggunakan perkhidmatan di NADI seperti percetakan, komputer, internet dan fotokopi. Beliau juga tidak ketinggalan sering menghadiri kelas keusahawan dan kelas ICT di NADI. Kini, beliau telah pandai menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel yang berkaitan untuk melakukan tugasan harian beliau di tempat kerja.