mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2024: Celik ICT – Muhammad Hafizal Bin Hirman

Nama                  : Muhammad Hafizal Bin Hirman
Ahli                     : 2022
Umur                  : 11 tahun


Latar belakang

Muhammad Hafizal dikenali sebagai Hafizal merupakan anak yang ke-3 daripada 4 orang adik bradik. Beliau merupakan anak jati Kampung Tenang dan bersekolah di SK Kampong Tenang. Hobi beliau ialah melayari internet dan bermain futsal. Beliau merupakan pengguna aktif di NADI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau di NADI beliau tidak pernah menggunakan komputer sebagai suatu medium pembelajaran tambahan. Oleh yang demikian beliau tidak mahir menggunakan komputer untuk digunakan sebagai salah satu pembelajaran tambahan terutamanya pada musim cuti sekolah.I.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI, beliau menjadi pengguna aktif yang sering mengunjungi NADI untuk menggunakan komputer terutamanya pada masa cuti sekolah. Beliau juga tidak ketinggalan mengikuti setiap kelas ICT, kelas soft skill dan kelas STEM seperti kelas Engineering.com yang dilakukan pada hujung minggu di NADI. Beliau juga sudah mampu menggunakan komputer dengan mencari maklumat tambahan dari pelbagai sumber  seperti video Pendidikan dan e-buku. Kini, beliau dapat mengakses kelas atas talian dan bahan pembelajaran tambahan tanpa bantuan daripada petugas NADI.