| Nama : Puan Siti Maroni Binti Hamzah Ahli : 2017 Umur : 55 tahun |
Latar belakang
Puan Maroni merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga pada tahun 2022. Beliau merupakan usahawan yang berasal daripada negeri Kelantan. Beliau berhijrah ke Kampung Tenang setelah berkahwin dengan suami beliau. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas keusahawan di NADI, beliau tidak pernah menggunakan Whatsapps sebagai platform untuk menjual barangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli di NADI Kg. Tenang, beliau sering mengunjungi NADI untuk mengikuti kelas-kelas ICT dan keusahawanan yang dianjurkan. Beliau juga mempromosikan jualannya melalui Facebook Page dan aplikasi Whatsapp Business. Beliau juga sering mengikuti pelbagai slot Car Boot di dalam daerah Segamat. Jualan Carboot mereka juga kian meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan beliau sepanjang menceburi bidang jualan di Car Boot sale adalah dapat menjual sebanyak RM 300.00 pada satu malam dengan menjual topi terpakai yang masih cantik dan berkualiti.





