mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2022: Celik ICT – Nurul Afrina Husna Binti Farid

IMG 3290

 

Nama                     : Nurul Afrina Husna Binti Farid

Ahli                        : 2022

Umur                     : 12 tahun


Latar belakang

Nurul Afrina Husna atau lebih mesra dikenali sebagai Unaa merupakan anak keempat daripada 5 orang adik-beradik. Beliau menetap di pekan Labis, namun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang. Ibu beliau mempunyai kedai makan bersebelahan Dewan Serbaguna Kg. Tenang. Beliau seorang yang petah bercakap dan suka menimba ilmu khususnya ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau ada mengikuti kelas asas  komputer di sekolah. Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas perkomputeran sahaja. Masih banyak ilmu dan pengetahuan yang masih belum diterokai dan dipelajari olehnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli di NADI pada bulan Januari 2022, beliau rajin dan sangat aktif melibatkan diri dalam pelbagai kelas yang dianjurkan seperti kelas Microsoft Word, kelas Multimedia dan lain-lain. Beliau juga sering datang ke NADI apabila mempunyai waktu terluang untuk melayari internet, menonton video Pendidikan di Youtube Channel, dan sebagainya. Beliau juga telah mempunyai akaun media social sendiri seperti Instagram dan TikTok selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang mampu melahirkan pelajar celik ICT.

 IMG 7084