mcmc
Keusahawanan

Madu Kelulut Tenang

WhatsApp-Image-2021-12-23-at-3.26.28-PM

Madu Kelulut Tenang

Madu Kelulut Tenang diasaskan oleh anak jati Kampung Tenang iaitu Encik Arshad Bin Hj Luman.  Beliau mula menternak lebah kelulut pada bulan May 2015. Pada asalnya, beliau merupakan pengurus cawangan di sebuah bank di Labis. Namun, Beliau sanggup meletakkan jawatan dan meninggalkan gaji yang lumayan demi menceburi bidang pertanian dan penternakan. Sebelum menternak kelulut, beliau pernah menternak lembu, kambing dan ayam tetapi, menternak haiwan tersebut tidak semudah menternak lebah kelulut. Permulaannya, beliau mengeluarkan modal RM 20,000.00 untuk pembelian 5 buah log kelulut. Kemudian, beliau mula serius dalam penternakan kelulut ini pada tahun 2016 dan telah mendapat bantuan daripada pihak RISDA pada tahun 2017 dari aspek peruntukan pembungkusan produk yang berjumlah RM 20,000.00 seterusnya mendapat pensijilan halal pada 1 Ogos 2020. 

 

 WhatsApp-Image-2021-12-23-at-3.26.50-PM

 

WhatsApp-Image-2021-12-23-at-3.26.35-PM WhatsApp-Image-2021-12-23-at-3.26.35-PM-1

Dengan lebah kelulut, beliau mampu mengeluarkan produk seperti madu kelulut, baja foliar, madu kelulut dicampur dengan bawang putih, dan madu kelulut campuran habatus sauda. Beliau juga mempunyai produk baru iaitu biak baka kelulut yang menggunakan pasu yang dibuat sendiri oleh Encik Arshad. Kebiasaannya, produk ini dijual dan dipasarkan sendiri oleh Encik Arshad dan di hantar di RIS Mart di Johor Bahru serta terdapat juga pelanggan sendiri yang datang ke rumah beliau untuk merasai sendiri khasiat madu kelulut hasil ternakan beliau.

 

Sehingga kini, Encik Arshad telah mempunyai lebih 80 buah log kelulut yang diusahakan di rumah dan kebun beliau di Kampung Tenang. Terdapat beberapa jenis lebah kelulut yang diusahakan oleh beliau iaitu, Itama, Thoracica, Apicalis, dan Canifronsapicalis dengan pelbagai rasa yang berbeza-beza mengikut jenis nektar yang diambil. Jumlah pendapatan sebulan yang diperoleh beliau adalah sebanyak RM 4 000.00. Beliau juga sering dikunjungi dan dilawati oleh pihak RISDA dan Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi. 

152751423 2917355218588117 900660527527196253 n 188371027 2983900041933634 4519897377944812543 n

Harga produk:

Madu kelulut RM 60.00 (300 gm)

Madu kelulut RM 40.00 (200 gm)

Madu stik RM 1.00 setiap stik

Madu kelulut campuran bawang putih  RM 40.00 (sebotol)

Madu kelulut campuran habatus sauda RM 30.00 (sebotol)

Pollen kelulut RM 20.00 

Baja Foliar RM 25.00 (250 ml), RM 50.00 (500ml)

Pasu biak baka kelulut RM 500.00

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Encik Arshad bin Haji Luman : +60 19-695 4949

Whatsapp: +60 19-695 4949

Facebook : https://www.facebook.com/arshad.luman